Monday, August 3, 2009

Petua Lama Orang Tua - 8 Tips Masakan


Petua Lama Orang Tua - 8 Tips Masakan

1. KESEGARAN SAYUR
Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur. InsyaAllah

2. MEMBERSIH KERANG
Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih. InsyaAllah

3. CUCUR KODOK
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk. InsyaAllah

4. PERIA
Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda. InsyaAllah

5. MENGGORENG IKAN
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi. InsyaAllah

6. MENGGORENG TAHU
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi. InsyaAllah

7. AYAM TIDAK HANYIR LAGI
Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah garing dan lazat. InsyaAllah

8. NASI HANGIT
Kalau nasi yang kita tanak tu hangit.. jangan buang… membazir.. cuba amalkan antara 3 petua nie…

-Pertama: -basuh cili kering dalam dua tiga tangkai… jangan dipotong.. -masukkan terus ke dalam nasi tersebut… biarkan seketika, -InsyaAllah nasi tak berbau.. (P/S: Jangan takut… tak rasa pedas nyer nasi tu.. sebab tak dipotong)

-Kedua: -kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, takder bau hangit tu…

-Ketiga: -kalau kat rumah tu ada daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi… biarkan sejenak…. InsyaAllah

http://petuamelayu.com/melayu/2009/03/petua-lama-orang-tua-8-tips-masakan/

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)



Berlebihan berat badan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri.

Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.

Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi Indeks Jisim Tubuh (BMI): Berat tubuh badan(KG) bahagi Ketinggian(M) kali Ketinggian(M)

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6 Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obesit

http://petuamelayu.com/melayu/2009/03/petua-mengira-indeks-jisim-tubuh-bmi/

Sunday, August 2, 2009

BERJAYA..!!!!!!

Perhimpunan Mansuhkan I S A BERJAYA.... TAHNIAH KEPADA YANG TERLIBAT...

ALLAHUAKHBAR....





Wednesday, July 29, 2009









Himpunan Mansuh I.S.A



HIMPUNAN MANSUH ISA AKAN DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009. Himpunan MANSUH ISA dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan: Bebaskan semua tahanan, Mansuhkan ISA, Tutup Kem Kemunting. Mari bersama berhimpun untuk membebaskan Malaysia daripada kezaliman...

Wednesday, July 22, 2009

23 Julai 2009
Derma RM5-RM10

Oleh : Zamri Keciks



Salam Semua...

Anak bongsu dari 9 beradik. Bapa kerja security guard di SP dan Mak kerja kilang di Prai. Kaki kanan Fatin dipotong pada hari ke 3 kelahirannya, sebab doktor suspect ketumbuhan pada kaki nya ada cancer.. Bila dah dipotong barulah dapat Nampak jantinanya yang sebenar. Isi kemerahan yang terbonjol keluar dari buntut belakang adalah ususnya yang di keluarkan bagi membolehkan Fatin membuang air besar. Just imagine, baru umur lebih 3 bulan sekarang.
Kalau berpeluang melawat dia di rumah, Fatin dengan matanya yang bulat seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada pelawat-pelawat .
Tak banyak orang yang tahu, termasuklah masyarakat sekeliling. Diharapkan dengan tersebarnya message ini, Fatin akan dapat menjalani rawatan yang lebih baik lagi.
Sekarang ini perlu rawatan susulan di Hosp. Alor Star. Bapa perlu berulang-alik dari rumah ke Hospital Alor Star.. Fatin akan didukung oleh bapanya (Rashidi) menaiki Bas, yang perjalanannya memakan masa 1.5 ke 2 jam.

Cuba bayangkan kesusahan yang Fatin perlu lalui. Alhamdullilah, 2 perjalanan yang lepas, ada 2 hamba Allah yang telah membantu menghantar Fatin, bapa dan kakaknya ke Alor Star dengan kereta mereka. Mudah-mudahan, dengan tersebarnya message ini, akan ada lagi hamba Allah yang kan tampil membantu meringankan kesusahan bapa Fatin, Rashidi untuk menghantar anaknya ini untuk mendapat rawatan. Keluarga Fatin menetap di 4445 Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Seberang Prai Utara..

Sesiapa yang sudi, Rashidi tidak keberatan untuk menerima kunjungan dari orang ramai yang ingin melihat sendiri keadaan Fatin. Mungkin Rashidi dan isterinya keluar bekerja, tapi Fatin dijaga oleh neneknya. Rashidi boleh dihubungi pada talian 019-4023596.
Kepada yang tersentuh dan ingin melawat anak yang istimewa ini, dan sekiranya anda tidak biasa dengan Kepala Batas, anda perlu mengambil jalan lama dari pekan Kepala Batas ke Sungai Petani. Belok di Simpang arah ke kanan menghala ke Paya Keladi. Teruskan perjalanan sehingga jalan.Belok kanan dilorong bersebelahan sekolah agama dan masuk lebih kurang 100m. Rumah ayah Fatin di sebelah kanan kembar dua) dan akaun Rashid di Public Bank Kepala Batas (al wadiah) adalah 4-915303305.

Mudah-mudah Allah memberkati apa yang kita lakukan.
Nama anak : Nur Fatin Najwa Mohd Rashidi
Usia : 3+ bulan (pada 10/8/05)


Kaki kanan dipotong pada hari ketiga kelahirannya ke dunia ini. Kaki kanan semasa dilahirkan mempunyai ketumbuhan yang menutupi kedua-dua saluran hadapan dan belakang. Anak bongsu dari 9 beradik ini memerlukan rawatan lanjut di Hospital Alor Setar. Mohon sumbangan dari tuan/puan Yang perihatin supaya anak kecil Ini akan mendapat peluang untuk menerima rawatan yang lebih Sempurna. Hulurkan sumbangan anda di Tabung yang disediakan.

Atau, hubungi sendiri bapa Nur Fatin Di talian 019 4023596 (Rashidi)


SUMBANGAN UNTUK HAMBA ALLAH DARI HAMBA ALLAH KERANA ALLAH.
Terima Kasih.

Tak derma tak peeee....sebarkanlah cerita ni pd org lain.

http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/derma-rm5-rm10.html

Wednesday, July 22, 2009
Nah, Kena Hang Sebiji Zambry Dengan TG Nik Aziz!!!

Saya nak tergelak membaca kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai cabaran Menteri Besar Kudeta Perak, Dr Zambry yang mahukan ulama PAS memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh.

Seperti dilaporkan BERNAMA, ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak. Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambry) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim.
Nah, padan muka hang Zambry, kena sebiji dengan Tok Guru!!

~pendikar gunung kriang

Modified by Blogger Tutorial

Jemay's Desk.... ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP